Sunday, September 28, 2008

HEART - Aku Cinta Rachel Dan Luna (1)

Suatu ketika dulu dalam tahun 2006, sebuah filem dari Indonesia yang bertajuk 'HEART' pernah menghangatkan persada seni perfileman kita. Filem yang dibintangi 3 nama besar Nirina Zubir, Irwansyah & Acha Septriasa khabarnya telah membuatkan ramai penontonya menitiskan airmata dek keberkesanan aktornya melakonkan watak menyampaikan mesej tentang ketulusan hati dan erti persahabatan melalui filem itu.



Namun tika itu, aku sendiri sebenarnya tidak berapa ambil pusing tentang filem itu. Biarpun heboh diperkatakan tentang kehebatannya, aku tidak pernah benar-benar duduk dan menghayati filem itu. Kenapa?... pertamanya adalah kerana aku tidak sukakan ending cerita itu... dan keduanya, faktor hero dan heroinnya yang bukan pilihanku... opsss...

Sebaliknya malam ini, entah kenapa aku begitu tertarik untuk terus menonton drama yang di inspirasikan dari filem HEART yang terdahulu di Astro Kirana bertajuk HEART : Aku cinta Rachel dan Luna. Aku kira kerana pelakonnya adalah anak-anak cilik yang comel dan saat menontonnya bisa saja membuatkan kita terimbau zaman kanak-kanak kita sendiri... :D

Berikut sedikit info yang aku perolehi berkenaan drama 2 jam yang baru selesai aku tonton tadi.



Genre : Drama
Language : Bahasa Indonesia
Cast : Irshadi Bagas, Yuki Kato, Ranti Maria, Ari Sihasale, Unique Pricilla, Kevin Julio, Ponco Bowono, Anggur Aulia, Ayez Kassar

Sinopsis
Farel adalah anak tunggal kepada Yuda dan Marisa. Mereka sangat menyayangi Farel namun tidak memanjakannya. Di sekolah, Farel mempunyai musuh yang diketuai oleh Bobby. Bobby dan dua anak buahnya (Ivan dan Didit) adalah geng yang menguasai sekolah Farel. Hampir semua murid diugut setiap hari oleh geng Bobby dan tidak ada seorang pun yang berani melawannya. Suatu hari Farel baru menyadari jirannya adalah seorang gadis manis bernama Luna. Farel ingin berkenalan dengan Luna namun hal itu agak sukar. Apalagi kemudian Luna pindah dari rumahnya setelah mamanya meninggal dunia kerana tidak ingin terus berada di dalam kesedihan jika masih tinggal di rumah itu. Setelah Luna pindah, Farel berkenalan dengan Rachel anak seorang pelaut yang garang dan tegas. Sebenarnya Hermawan (bapak Rachel) adalah seorang yang baik namun berubah sikap setelah kematian kakak Rachel yang bernama Citra akibat diperkosa. Kesan daripada itu, Rachel membesar sebagai tomboy. Keakraban hubungan Farel dan Rachel semakin hari semakin membuahkan getar-getar cinta dalam hati Farel namum di tolak oleh Rachel walau dalam hatinya juga sangat menyayangi Farel. Suatu hari Rachel mengajak Farel ke makam kakaknya Citra. Saat di tempat tersebut, Farel melihat Luna. Hati Farel kembali merindukan Luna yang selalu disebutnya dengan panggilan PERI CANTIK. Sementara itu, di hati Rachel mulai tumbuh benih-benih cinta terhadap Farel. Beberapa kali ia coba mengungkapkan perasaannya namun selalu gagal oleh berbagai sebab. Hingga Farel tidak pernah tahu kalau Rachel sebenarnya mencintai dirinya juga. Suatu hari Farel bermimpi bertemu dengan Rachel dan Luna di pinggir danau. Rachel dan Luna meminta kepada Farel untuk memilih siapa diantara mereka yang akan menjadi pasangan Farel. Farel tidak dapat memilih diantara mereka. Hatinya terlanjur mencintai keduanya, Rachel dan Luna.


Antara dialog yang terkesan diingatanku hingga kini :
Babak terakhir - terjaga dari mimpi bertemu Rachel dan Luna di pinggir danau setelah dikejutkan ibunya....
Farel : ... boleh enggak Farel suka dan sayang kedua-duanya?... (terkedu sebab terlepas cakap...)
Ibu : kamu boleh saja suka dan sayang kedua-duanya tapi kamu tidak boleh menduakan cinta itu... kamu faham kan maksud ibu?....

Siaran ulangan boleh diikuti pada 07 September 2008 @ Ahad pada jam 05:00 petang.

Dan ikutilah kisah ini selanjutnya di episod HEART : Kangen Rindu 1/2 Mati pada 09 September 2008 @ Selasa di waktu yang sama 09:00 - 11:00 malam minggu hadapan di Astro Kirana (Channel 122).

1 comment:

naz said...

hai...sye dah jumpe dah tjuk strusnya...tpi kat youtube takde...ade tak tmpat lain yang bleh tgk cter heart series selain yputube dan astro???hit back grado91_naz@yahoo.com