Friday, October 17, 2008

JABATAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

JURUELEKTRIK

Pelatih-pelatih yang idtawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti pemasangan, pendawaian, pengecualian dan menguji pendawaian satu fasa (domestik dalam industri). Mencari, mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik. Mengawal, membaik pulih alat janakuasa, motor-motor dan peralatan elektik. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di firma-firma kontrak elektrik.

PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN RENDAH (AO)

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti menjalankan kerja pemasangan loji dan mesin, menyelenggara dan merawat, membaik pulih beberapa jenis alat jentera elektrik dan mengendalikan radas hidup. Memastikan keselamatan elektrik selamat dari risiko kebakaran renjatan elektrik. Syarat kursus ini ialah berumur 20 tahun ke atas, lulus MLVK dalam bidang elektrikal, berpengelaman 3 tahun dalam mengendalikan radas hidup, lulus sijil wireman fasa tunggal yang dikeluarkan oleh JBE.

ELEKTRONIK INDUSTRI

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti menggunakan komponen-komponen elektrik unutk menghasilkan satu gabungan litar. Menggunakan komponen-komponen elektronik televisyen dan alat perakam video canggih. Para lepasan berpeluang bekerja di kilang dan syarikat yang membuat,menjual dan membaiki radio dan televisyen.

PENYEJUKBEKUAN & PENYAMAN UDARA

Pleatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti mempelajari sistem penempatan, pencairanwapan dan pemeluapan. Memasang dan menyambung sistem paip penyejukan. Mempelajari cara-cara menganalisis teknik-teknik rawatan elektrik dan mekanikal serta jenis-jenis peti sejuk dan tertentu. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja sebagai mekanik atau juruelektrik di dalam sektor kerajaan dan pembuatan.

No comments: