Friday, October 17, 2008

JABATAN KOMPUTER & MULTIMEDIA

CADD SENI BINA

Pelatih-pelatih yang diawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri, lukisan kerja dan rawatan bangunan, mereka bentuk bangunan, kerja ukur tanah, penentuan bayang, teknik-teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di syarikat kejuruteraan awam yang terlibat dalam aktiviti pembinaan.

CADD MEKANIKAL

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti merangka lukisan mengikut skla piawaian tertentu sesuatu objek. Menyediakan pelan sesuatu komponen mekanikal sama ada lukisan pemasangan dan butiran. Peluang pekerjaan yang luas terutama difirma-firma perundingan kejuruteraan dan di sektor pembuatan.

PENYELENGGARAAN KOMPUTER & MULTIMEDIA

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti cara-cara pemasangan, penyelenggaraan, mengesan kerosakan, membaiki sistem rangkaian komputer serta merangka bentuk rangkaian sistem komputer. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat yang berorientasikan data komunikasi dan rangkaian sistem komputer.

(kata slogan : "Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang itu, tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuh semasa mendaki tangga kejayaan")

No comments: