Thursday, October 16, 2008

JABATAN TEKNOLOGI PERCETAKAN

GRAFIK

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti membuat rekaan grafik, typesetting dan membuat beberapa perbincangan ubahsuai dalam satu-satu design. Pelatih juga akan bertindak sebagai penyedia filem, stripper dan membuat filem untuk pemisah warna. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di syarikat percetakan dan syarikat pemisah warna sebagai Desktop Publishing Artist (DTP) ataupun pereka grafik.

PRA CETAK

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti membuat kerja-kerja layout dan mencuci plate. Mengolah imej, pisah warna, susun atur dan susun letak imej untuk percetakan.Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di syarikat-syarikat yang berorientasikan percetakan.

CETAK

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pendedahan tentang warna, perancangan kerja cteak, memotong kertas, membuat siap sedia untk mencetak, mencetak menggunakan mesin satu unit, dua unit dan empat unit. Peluang kerja untuk para lepasan kursus ini terbuka luas memandangkan kurangnya tenaga mahir di dalam bahagian ini.

(kata slogan : "Kehidupan akan menjadi kosong tanpa pengalaman, pengalaman akan menjadi tawar tanpa pengajaran dan pengajaran akan menjadi tidak bermakna jika dibiarkan berlalu tanpa dikongsi bersam insan lain")

No comments: