Friday, October 17, 2008

JABATAN MEKANIKAL & PENGELUARAN

AUTOMOTIF

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti menyelenggara, membaiki pulih enjin kereta, sistem stering, sistem gantungan dan sistem penyaman udara. Pelatih juga akan diajarkan untuk memasang komponen-komponen dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalu lintas. Tempoh latihan bagi kursus ini adalah selama satu tahun dan tiga bulan untuk praktikal. Para pelatih lepasan kursus ini berpeluan bekerja di pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan.

MEKANIK INDUSTRI

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti menggunakan alat-alat tangan bagi kerja-kerja asas logam. Teknik kimpalan gas dan arka, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin. Menggunakan mesin pneumatik dan hidraulik. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di industri pembuatan dan kejuruteraan.

PEMESINAN AM

Pelatih-pelatih yang idtwarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti pembuatan dalam alat-alat ganti dengan menggunakan jenis pisau, canai dan larik. Mempelajari pelan serta memilih perkakasan yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di bengkel-bengkel kejuruteraan, pelebur logam, kilang-kilang perkakas mesin, tempat membina dan membaiki kapal, kilang penapis minyak serta bengkel-bengkel membuat dan membaiki jentera.

PEMESINAN CNC

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran yang berteknologi tinggi. Selain itu, pelatih juga akan mengawal mesin-mesin dengan menggunkan Computer Aided Manufacturing (CAM). Para lepasan kursus berpeluang bekerja di pelbagai industri kejuruteraan dan pembuatan.

KEJURUTERAAN JAMINAN MUTU

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti memeriksa, menguji dan mengawal kualiti pengeluaran mengikut piawaian. Membaca pelan Coordinate Measuring Machine,RaundnessTester, Hardness tester dan lain-lain. Kursus ini dapat mempertingkatkan lagi pertumbuhan pesat industri pembuatan dan kejuruteraan di negara ini. Bidang ini memerlukan sama ada pengeluaran dan peralatan mekanikal mengikut piawaian dan spesifikasi.

KIMPALAN

Pelatih-pelatih yang ditawarkan dalam kursus ini akan diberi pengetahuan kemahiran seperti mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma,membuat kimpalan jenis arka dan gas. Selain daripada itu, pelatih juga akan diajar membuat kimpalan logam ke atas logam-logam jenis feros dan bukan feros. mebaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan meregang logam. Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di kilang-kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan juga loji jentera perindustrian.



No comments: